fbpx

2,536 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 mencatatkan sedikit peningkatan apabila sebanyak 2,536 kes dilaporkan semalam berbanding 2,527 kes kelmarin dengan tiga kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia sebanyak 4,536,119 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 3,123 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,508,322 kes.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi semalam iaitu sebanyak 1,070 kes diikuti Kuala Lumpur (538), Perak (239), Pulau Pinang (140), Sabah (139) dan Negeri Sembilan (103).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Melaka (66), Johor (64), Putrajaya (59), Sarawak (30), Pahang (27), Kedah (26), Terengganu (17), Kelantan (lapan) serta Perlis dan Labuan (masing-masing lima),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak lima kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 35,776 kes manakala tiada kes ‘brought in dead’ (BID) yang menjadikan jumlah kes BID kekal 7,586 kes.

Setakat ini, sebanyak 28,508 kes dikuarantin di rumah, 19 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,221 kes di hospital, 19 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 26 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI