fbpx

12 mayat tragedi kapal karam di Laut China Selatan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kapal tersebut pecah dua ketika tenggelam. - AFP

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di Laut China Selatan pada hujung minggu lalu yang menyaksikan 30 anak kapal hilang, kata pihak berkuasa China hari ini.

Pengumuman dibuat beberapa hari selepas kapal kejuruteraan itu rosak teruk dan putus dua di sebuah lokasi sekitar 296 kilometer ke barat daya Hong Kong beberapa hari lalu semasa ribut taufan melanda. 

“Setakat pukul 3.30 petang (waktu tempatan) hari ini, pasukan penyelamat menemui 12 mayat disyaki mangsa yang lemas, di kawasan sekitar 92 kilometer dari lokasi kapal berkenaan tenggelam,” kata Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim Guangdong dalam satu kenyataan hari ini.

Seramai tiga orang telah diselamatkan kelmarin dan seorang lagi awal pagi ini, demikian menurut media pemerintah China, menjadikan 26 orang masih hilang.

Taufan Chaba terbentuk di bahagian tengah Laut China Selatan tengah hari kelmarin dan tiba di daratan di wilayah Guangdong, selatan China.

Pasukan penyelamat Hong Kong mendapat makluman tentang kemalangan itu pukul 7.25 pagi Jumaat lalu dan menemui kapal itu berhampiran pusat taufan tersebut di mana keadaan cuaca buruk  menjadikan operasi menyelamat sukar serta berbahaya.

Pada masa ini,  sebanyak tujuh pesawat, 246 bot dan 498 bot nelayan telah dikerah untuk mencari baki mangsa yang hilang. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI