fbpx

12 ahli sindiket tawar pinjaman tak wujud didenda RM3,000 seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
12 tertuduh diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini. IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Seramai 12 ahli sindiket termasuk tiga wanita yang menawarkan aktiviti pinjaman wang tidak wujud sejak tahun lepas didenda RM3,000 seorang selepas mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini.

Tertuduh ialah Foo Shi Jie, 19; Muhammad Syafiq Aiman Mohd Sofian, 19; Nornajihah Sutiman, 19; Chan Zi Quan, 21; Ryman Shah Razes, 21; Ng Zi Xuan, 21; Muhammad Faisal Zainal Akbar, 22; Tan Chia Yee, 22 dan Ainul Taherah Johari, 22.

Lagi tertuduh ialah Low Jia Chun, 22; Muhammad Hafiz Shamsul, 26 dan Muhammad Norzulhilme Sumari, 29, masing-masing membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh dengan tujuan untuk melakukan pakatjahat jenayah, telah bersetuju melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang iaitu menawarkan pinjaman tidak wujud (PTW).

Kesalahan itu dikesan pada 15 Jun lalu iaitu kira-kira pukul 12.45 tengah hari di sebuah kediaman beralamat di A-18-Tower A, Kondominium BM City, Jalan Perda dalam daerah Seberang Perai Tengah di sini.

Justeru, kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan dan dibacakan di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Dalam penghakimannya, Mohd. Harith berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira fakta kes serta rayuan yang dibuat oleh peguambela tertuduh.

Katanya, kegagalan membayar hukuman denda itu akan menyebabkan tertuduh dipenjara sehingga enam bulan selain semua barang kes yang dirampas akan dilupuskan.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh difahamkan telah membayar denda yang dikenakan ke atas mereka petang tadi. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI