fbpx

Tugas VAR bertambah di Piala Dunia Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAR separa automatik akan diguna pakai pada saingan Piala Dunia di Qatar nanti dalam proses pengesanan pemain yang berada pada kedudukan ofsaid. – AFP

ZURICH – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan bakal menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi pengesanan ofsaid separa automatik pada saingan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar nanti.

Menurut Ketua Jabatan Pe­ngadil FIFA, Pierluigi Collina, pendekatan ini adalah sebagai langkah penambahbaikan dalam penggunaan teknologi VAR dan keberkesanannya sudah pun di­uji ketika saingan Piala Negara-Negara Arab dan Piala Kelab Dunia.

Collina yang pernah bertugas pada perlawanan akhir Piala Dunia 2002 berkata, sudah tiba masanya untuk FIFA memperkenalkan teknologi separa automatik dan ia akan meningkatkan lagi kecekapan pengadil dalam membuat keputusan.

“Kami cukup positif dan teknologi ini sudah pun bersedia untuk digunapakai. Saya ada membaca artikel mengatakan ia adalah ‘pengadil robot’, namun saya faham, ia adalah tajuk yang bagus untuk digunakan dalam artikel.

“Pegawai perlawanan masih lagi akan terbabit dalam membuat keputusan akhir. Teknologi ini hanya memberi jawapan sekiranya ada pemain berada dalam situasi ofsaid.

“Kekasaran ataupun situa­si bola terkena tangan masih di bawah budi bicara pengadil. Matlamat kami adalah untuk memastikan pengadil membuat keputusan dengan betul,” katanya.

Collina merasakan pengenalan teknologi ini akan memudahkan kerja pengadil sekiranya timbul sebarang pertikaian me­ngenai sebarang kesalahan yang berlaku atas padang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI