fbpx

Tiga polis maut ditembak dalam insiden di Kentucky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan polis dihias dengan bunga sebagai memberi penghormatan kepada kesemua pegawai polis yang terkorban. - Jabatan Polis Kentucky

ALLEN, KENTUCKY – Tiga anggota polis maut ditembak ketika cuba menahan seorang lelaki yang menjadi suspek kes keganasan domestik di negeri Kentucky, Amerika Syarikat, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Kesemua mereka yang terkorban dalam kejadian pada lewat Khamis lalu disahkan identitinya sebagai Kapten Ralph Frasure, Timbalannya, William Petry dan pengendali anjing polis, Jacob Chaffins.

Anjing tersebut, K9 Drago, turut dilaporkan mati.

Insiden itu berlaku di Allen, sebuah bandar kecil di bahagian timur Kentucky yang hanya mempunyai 166 penduduk.

Suspek yang berusia 49 tahun kemudiannya diberkas selepas kejadian tembakan itu.

Menurut laporan, para pegawai polis tersebut ditembak menggunakan senapang ketika mereka pergi ke rumah suspek sejurus sebelum pukul 7 malam (waktu tempatan).

Insiden berbalas tembakan berlanjutan selama hampir tiga jam sebelum suspek akhirnya ditahan selepas menyerah diri setelah dipujuk ahli keluarganya.

Dia didakwa atas dua kesalahan membunuh pegawai polis, lima kesalahan cubaan membunuh pegawai polis, satu kesalahan cubaan membunuh dan satu kesalahan serangan terhadap haiwan yang berkhidmat.

Polis Negeri Kentucky kini mengetuai siasatan kejadian tembakan itu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI