fbpx

Terengganu FC terdesak tewaskan Sri Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

 

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain mencabar anak-anak buahnya untuk mengutip mata penuh menjelang kunjungan Sri Pahang bagi aksi derbi Pantai Timur, malam ini.

Ketua jurulatih berusia 44 tahun itu berkata, TFC seharusnya mampu kembali ke landasan kemenangan dengan memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk empat perlawanan berturut-turut.

“Selepas tewas kepada Penang FC disusuli keputusan seri dengan Negeri Sembilan, kami tidak mampu lagi untuk terus keciciran mata atau berdepan laluan sukar membaiki kedudukan dalam liga.

“Bertemu Sri Pahang pada esok (hari ini), TFC sepatutnya meraih tiga mata penuh dan pemain-pemain perlu lebih bersedia untuk aksi derbi ini,” katanya ketika yang ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus semalam.

TFC kini di tangga ketujuh Liga Super memungut 10 mata daripada tujuh perlawanan, manakala Sri Pahang di tempat kedua tercorot dengan lapan mata.

Tegas Nafuzi, dia tidak bimbang dengan prestasi barisan pemainnya yang disifatkan berada dalam keadaan terbaik untuk bertemu skuad Tok Gajah di depan penonton sendiri.

“Semua pemain sedia untuk diturunkan dan motivasi pasukan juga tidak terjejas dengan prestasi semasa namun saya masih menilai kesebelasan yang akan diturunkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI