TERENGGANU – Jualan yang telah mencecah RM10 juta setahun, namun tiada lagi peningkatan membuatkan Wan Mohd. Hafiz Wan Mohd. Ariffin berusaha mencari jalan untuk memecahkan tembok itu.
Menurut Pengarah Urusan Noor Arfa Holdings Sdn. Bhd. (Noor Arfa) ini, pihaknya turut mendapatkan khidmat perunding.
“Ketika itu kami berniaga secara offline, tetapi hasilnya masih statik. Nampak jumlah itu besar, tetapi kami perlu melunaskan hutang bank yang tinggi.
“Bakinya digunakan untuk membayar gaji pekerja, kos operasi dan keperluan lain,” jelasnya.
Meskipun memiliki sijil kelayakan profesional Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), Wan Mohd. Hafiz mengaku tidak mahir dalam soal pemasaran.
Ekoran itu isterinya, Ismanisa Ismail, selaku Pengurus Besar Noor Arfa mengambil keputusan menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan anjuran RichWorks pada 2017.
“Alhamdulillah, selepas mengaplikasikan ilmu yang dipelajari, jualan meningkat sedikit demi sedikit dan akhirnya kami masuk program permentoran Titanium,” jelasnya yang menyasarkan jualan RM20 juta tahun ini.
Tambahnya, walaupun mewarisi perniagaan ibu bapa sejak 1980, ilmu mesti sentiasa ditambah agar kekal relevan dengan persekitaran semasa.
Bagi yang ingin bersama dan mendapatkan produk Noor Arfa, boleh layari laman sesawang www.noorarfa.com.