fbpx

Sheila Rusly nenek penyayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEILA RUSLY bersama cucu sulungnya, Bunga Elhaq.

BERUNTUNG betul anak kepada pelakon Elisya Sandha iaitu Bunga ElHaq apabila mendapat seorang nenek yang sangat penyayang, siapa lagi kalau bukan pelakon, pengarah dan juga produser, Sheila Rusly.

Mana tidaknya, dalam satu perkongsian menerusi Instagram Sheila, isteri kepada pengarah Jinggo itu begitu asyik mendodoikan cucu sulungnya itu di balkoni rumah sambil menyanyikan lagu You Are My Sunshine yang telah diubah liriknya khas untuk si cucu.

Nampak begitu jelas Sheila sangat menyayangi Bunga sehingga caranya mendodoikan bayi itu menarik perhatian netizen. Rata-rata menyifatkan Bunga sungguh bertuah.

Bergelar cucu kepada Sheila Rusly pun dah beruntung, apatah lagi diberi kasih sayang sebegitu besar. Walaupun luaran Sheila nampak garang dan tegas, namun sebagai nenek, ketara sungguh sisi kelembutan ibu kepada dua orang anak itu.

“Masya-Allah. Alhamdulillah untung menantu dapat mentua yang penyayang dan prihatin. Kasih yang tidak berbelah bahagi. Semoga Bunga membesar dan menjadi anak yang solehah,” kata seorang netizen.

“Untung dapat menantu seperti mentua begini,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Beruntung Bunga lahir dalam keluarga penuh kasing sayang,” kata seorang lagi pengikut Sheila.

Apa-apa pun Diva doakan semoga Bunga membesar dengan sihat dan cantik seperti ibunya nanti.

DIVA: Tak sabar tunggu konsert Kembara Panorama Jingga hujung bulan ini. Epik!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI