ALHAMDULILLAH, syukur kita sudah memasuki bulan baharu, Julai & Zulhijah yang pastinya tarikh penting bagi umat Islam dalam menunaikan Rukun Islam kelima, iaitu menunaikan haji bagi yang mampu.
Dalam masa sama, ini peluang bagi umat Islam untuk melakukan ibadah korban yang merupakan amalan sunat dan sangat dituntut.
Pengajaran ibadah korban
Sebenarnya banyak pengajaran dalam kita melakukan ibadah korban dan hidup ini sebenarnya memang perlukan banyak pengorbanan!
Dalam perhubungan, mencapai impian, kerjaya, perniagaan, perhubungan sebagai anak, suami atau isteri, ibu bapa dan pelbagai role kita dalam masyarakat.
Kita perlu berkorban sesuatu untuk capai sesuatu yang mungkin lebih utama atau lebih penting lagi dalam kehidupan, perniagaan dan lain-lain.
Berkorban pula ada pelbagai jenis, dari segi pengorbanan tenaga, masa, wang, emosi, ilmu dan banyak lagi.
Saya nak ingatkan pesanan yang selalu dikongsi dengan bangsa usahawan terutama anak didik RichWorks;
Nak capai sesuatu impian yang tidak pernah dicapai, kita mesti sanggup berkorban melakukan sesuatu yang mungkin selama ini tidak pernah dibuat, tetapi penting ke arah mencapai impian itu.
Contoh mudah sama macam mereka yang nak kuruskan badan, nak kurus salah satu caranya ialah berkorban nafsu makan melampau. Bahkan kalau bersenam macam mana pun tapi tak jaga makan, main ‘langgar’ sahaja, boleh ke nak kurus? Faham ke tak faham?
Selama beberapa bulan ini, saya banyak travel untuk belajar di beberapa universiti di beberapa negara sebagai pengorbanan dan persediaan ilmu serta strategi bagaimana perniagaan perlu bersedia hadapi dan lalui zaman krisis ekonomi, inflasi dan kenaikan melampau harga barang yang sedang berlaku di seluruh dunia.
Ini isu global dan Malaysia tak terkecuali. Dijangka situasi bakal menjadi lebih mencabar dalam tempoh enam bulan hingga tiga tahun akan datang.
Bersediakah anda?
Sama-sama kita berdoa agar semua rakyat Malaysia serta tanah air tercinta ini dapat harungi cabaran-cabaran mendatang dengan penuh kesatuan, teguh bertahan dan dapat menguruskan dengan lebih baik, insya-Allah!
Seperti kata pepatah Arab ini, Man Jadda Wa Jada – siapa yang bersungguh-sungguh, pasti akan dapat hasil. Persoalan penting, adakah anda sudah buat bersungguh-sungguh dengan cara atau strategi yang betul?
RichWorks akan terus sokong bangsa usahawan dalam tempoh mencabar sepanjang bulan ini hingga kemuncaknya di 10x Bina Bisnes Berjaya di Setia City Convention Centre pada Oktober nanti.
Pastikan anda gunakan peluang diberikan dalam membina bisnes yang berjaya melalui strategi dan bimbingan kami yang diberikan sejak 2008 lagi.