fbpx

Sabah FC kutip 3 mata di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain import Negeri Sembilan FC, Gustavo Almer Dos Santos, membuat rembatan yang cuba dihalang pamain Sabah FC, Dominic Tan Jun Jin, ketika beraksi pada Liga Super, di Stadium Paroi, Seremban, hari ini.- FOTO: MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Pasukan Sabah FC berjaya mengutip tiga mata dalam perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) malam ini.

Pertembungan pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee dan K. Devan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini berakhir dengan keputusan 0-1.

Kemenangan itu juga membolehkan pasukan Sabah FC naik ke tangga kedua liga.

Gol Sabah FC berjaya dihasilkan melalui sepakan percuma yang dihantar Jackson De Souza dan ditanduk oleh pemain pertahanan, Taesu Park pada minit ke-61.

Perlawanan itu disaksikan oleh 8,957 penonton yang hadir di stadium.

Perlawanan tamat dengan tambahan masa lima minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI