fbpx

Rebah sebelum sempat jalani rawatan dialisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa mayat Lim Tong Sang yang maut selepas tiba-tiba rebah di hadapan sebuah pusat hemodialisis di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Hasrat seorang lelaki warga emas untuk menjalani rawatan dialisis tidak kesampaian apabila dia tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia di Kampung Seberang Takir di sini hari ini.

Lim Tong Sang, 73, dikatakan tiba-tiba rebah sejurus melangkah keluar dari kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dinaikinya sebaik tiba di hadapan pusat hemodialisis berkenaan pada pukul 7.40 pagi.

Rakan mangsa, Chong Yean Kam, 56, berkata, menjalani rawatan dialisis di pusat hemodialisis tersebut merupakan rutin Tong Sang setiap minggu.

“Dia menyewa bersendirian di sebuah rumah di sebelah bengkel membaiki kenderaan saya di Kampung Pulai Baru, Tepoh sejak lebih 30 tahun lalu.

“Ahli keluarganya yang lain termasuk anak-anaknya kini menetap di Yong Peng, Johor,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di Kampung Seberang Takir di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI