fbpx

Pengguna mohon eskalator, lif MRT diperbaiki segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar eskalator dan lif di sebuah stesen MRT yang didakwa telah rosak sejak dua bulan lalu.

PETALING JAYA – Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) memohon pihak berkaitan menyegerakan baik pulih bagi kemudahan eskalator dan lif yang didakwa telah rosak sejak dua bulan lalu.

Menerusi rakaman satu klip video di laman sosial Ruzails memaparkan tiga eskalator yang tidak dapat digunakan dipercayai berlaku di Stesen MRT Kajang.

Menurutnya, biarpun rakaman tersebut pernah dimuat naik pada 19 Mei lalu, namun tiada sebarang maklum balas.

“Aku muat naik semula video tentang tiga eskalator rosak di MRT Kajang. Sekarang, aku dapat tahu ada empat yang rosak.

“Hari ini (semalam) 2 Julai masih sama seperti dua bulan lepas. Hampir semua stesen MRT ada masalah eskalator dan lif rosak,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza, pihak Rapid KL melalui laman Twitter AskRapidKL memberi maklum balas bahawa isu tersebut sememangnya dalam perhatian dan tindakan.

“Eskalator di Stesen MRT Kajang dalam proses baik pulih dan dijangka selesai pada Disember 2022. Jangkaan tarikh siap ini bergantung kepada penerimaan alat ganti dari kilang di Shanghai,” katanya.

Bagaimanapun, orang ramai sebaliknya mempersoalkan tempoh baik pulih tersebut yang disifatkan terlalu lama sehingga enam bulan.

“Dasyat betul pengurusan. Takda alternatif (pembekal atau alat ganti ) ke? Takkan tiada pelan kontingensi ? Bukan satu tempat sahaja ada masalah eskalator,” kata Fazlina.

“Perlukan enam bulan hanya untuk betulkan eskalator dan lif ? Biar betul,” seloroh Avtar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI