fbpx

Penganggur samun kedai serbaneka guna pistol mainan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaidy menunjukkan pistol mainan yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan samun di kedai serbaneka di daerah ini pada bulan lalu.

SUNGAI PETANI – Kegiatan jahat seorang penganggur berusia 26 tahun melakukan samun ke atas kedai serbaneka dengan menggunakan pistol mainan berakhir apabila dia ditahan polis kira-kira 16 jam selepas melakukan jenayah itu di sebuah premis di Tikam Batu di sini pada Ahad lalu.

Lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Kampung Pinang Tunggal dekat sini kira-kira pukul 5.30 petang selepas wajahnya berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) kedai serbaneka tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya berjaya menjejaki suspek dan memberkasnya selepas 16 jam dia menyamun sebuah kedai serbaneka di Tikam Batu di sini yang mengakibatkan kerugian RM100.

Katanya, dalam penahanan itu, polis menemui sepucuk pistol mainan disyaki digunakan suspek untuk melakukan rompakan selain pelbagai peralatan pecah rumah.

“Kita turut merampas sebuah motosikal jenis Duke 200 yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan samun kedai serbaneka di Tikam Batu pada pukul 1.30 pagi, 26 Jun lalu.

“Semakan rekod mendapati motosikal itu dilaporkan hilang pada hari sama suspek melakukan samun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas rumah suspek turut menemui tiga peket plastik lut sinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.62 gram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI