fbpx

Pelanggan bengang restoran angkat kerusi, tarik ‘shutter’ semasa makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tindakan sebuah restoran menaikkan kerusi dan menurunkan ‘shutter’ meskipun mempunyai pelanggan.

PETALING JAYA – “Macam ini ke layan pelanggan, makanan tak sampai lagi dah angkat kerusi.”

Demikian luahan seorang pelanggan mempersoalkan tindakan sebuah restoran dipercayai berlaku di Kuantan, Pahang.

Menerusi perkongsian beberapa gambar di laman Twitter Mohammad Faeez Harith, dia menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku sebelum waktu tamat operasi restoran berkenaan iaitu pukul 10 malam.

“Kejadian berlaku pada pukul 9.18 malam, pelanggan lain ada yang masih tunggu makanan.

“Belum sampai makanan dah tarik ‘roller shutter’ (pengatup). Betul-betul nak balik tepat pukul 10 malam gayanya,” ciapnya semalam.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai bersetuju dengan individu terbabit bahawa kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana tidak menghormati pelanggan.

“Betul ni aku setuju nak kemas pun perlu ada adab selagi pelanggan ada. Dia boleh uruskan bahagian dapur dahulu,” kata Afiq.

“Baru pukul 9.18 dah letak kerusi. Awal betul. Berdasarkan pengalaman saya, biasanya pukul 9.30 baru boleh kemas,” ujar Evan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI