SHAH ALAM – Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyambut baik cadangan pemimpin veteran UMNO supaya calon ‘heavyweight’ diberi peluang bertanding di negeri ini.
Menurut beliau, calon-calon muda dan mempunyai kredibiliti yang tinggi seperti Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz boleh diberi peluang untuk menjadi calon di negeri ini bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).
“Kita juga mempunyai pemimpin muda yang hebat seperti Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan yang juga Penasihat Ekonomi Perdana Menteri yang boleh diketengahkan.
“Selangor juga mempunyai pemimpin muda yang boleh diketengahkan seperti Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Rizam Ismail dan Datuk Imran Tamrin,” katanya.
Mengulas lanjut Noh berkata, perlantikan bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dalam Majlis Tertinggi UMNO membuktikan pemimpin negeri ini bukan sahaja mendapat tempat dalam saf kepimpinan parti malahan boleh dipertimbangkan sebagai calon PRU-15. -KOSMO!ONLINE