fbpx

Kerajaan tangani isu ketirisan bekalan minyak masak peket ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (kiri) semasa meninjau harga barangan mentah di RTC Tunjong, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kerajaan sedang berusaha untuk menangani isu melibatkan ketirisan bekalan minyak masak peket yang merupakan bahan subsidi diseludup ke negara jiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau telah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan untuk mengetahui situasi sebenar kegiatan tersebut.

Menurutnya, beliau mengakui bahawa telah membaca banyak laporan berkaitan kes penyeludupan minyak masak melalui media dan pihaknya terus mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pihak berkaitan.

“Kita juga akan mengumpul maklumat dan paling penting adalah untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku. Selain itu, kita juga sedang menyiasat mengenai syarikat-syarikat yang terlibat dengan kegiatan membungkus semula minyak-minyak masak itu.

“Isu kekurangan bekalan minyak masak yang disebabkan oleh penyeludupan ini perlu disiasat dan dikaji secara menyeluruh. Ini kerana, kerajaan yang membayar subsidi, namun ia dinikmati oleh orang asing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memantau harga barangan keperluan dan runcit di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, hari ini.

Dalam tinjauan itu, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berpuas hati apabila peniaga-peniaga di RTC yang mengikut harga siling ditetapkan kerajaan bagi sesetengah barangan dengan tidak menaikkan harga jualan terlalu tinggi.

Mengulas lanjut, menurutnya, ketirisan bekalan minyak masak peket tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan telah membayar subsidi pada kos yang sangat tinggi.

Katanya, kegiatan itu tidak boleh diterima dan pihak tertentu perlu menjalankan siasatan yang lebih terperinci berhubung penyelewengan dan penyeludupan minyak masak peket. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI