fbpx

Ibu tunggal tidak serik kahwin kali ke-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKAHWINAN Monette Dias ke-12 gagal selepas bertengkar dengan tunangnya. - TLC

WASHINGTON – Seorang ibu tunggal di Amerika Syarikat (AS) kecewa selepas rancangannya untuk berkahwin buat kali ke-12 akhirnya gagal, lapor akhbar The Sun semalam.

Monette Dias, 52, mengakui tidak pernah serik berkahwin dengan harapan untuk bertemu pasangan yang tepat dan hidup bahagia.

Pereka hiasan dalaman itu muncul dalam rancangan televisyen saluran TLC, Addicted to Marriage, di mana dia berharap untuk mencari calon suami ke-12 dan terakhir. Malangnya, rancangan itu tidak berjalan seperti yang dirancang Dias.

“Amat menyakitkan untuk mengalami kegagalan lagi terutamanya dalam hubungan ini kerana saya telah berusaha keras,” katanya.

Menurut saudara perempuan Dias, Marcie, dia tidak berasa bimbang apabila wanita itu berkahwin dua atau tiga kali.

Namun, selepas perkahwinan kali kesebelas, dia bimbang kakaknya tidak akan bertemu pasangan yang sesuai. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI