fbpx

Doa saya di Tanah Suci akhirnya termakbul – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF bersyukur kerana doanya untuk melihat kedua ibu bapanya menunaikan ibadah haji dimakbulkan Allah.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pengacara popular Alif Satar bersyukur apabila niat sucinya untuk menghantar kedua ibu bapa menunaikan ibadah haji akhirnya termakbul.

Alif berkata, sewaktu berpeluang menunaikan ibadah umrah sebelum ini, dia sempat berdoa agar ibu bapanya iaitu Nor Hafiza Muhammed dan Mohd. Satar Ramli dijemput terlebih dahulu bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.

“Pernah dahulu waktu saya buat umrah, saya berdoa di bawah pancur emas Kaabah memohon agar saya dapat kembali ke sini (Makkah) pada musim haji, namun biarlah ibu bapa saya yang mengerjakannya dahulu.

“Allah Maha Mendengar segala permintaan hamba-Nya dan aturan Dia pasti yang terbaik.

“Hari ini Allah makbulkan satu lagi doa saya. Alhamdulillah,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Pada masa sama, penyanyi itu turut mendedahkan, dia terlebih dahulu pernah menerima panggilan untuk mengerjakan haji sebelum ini, namun tidak berkesempatan untuk ke sana.

“Dua tahun berturut-turut sebelum ini saya dapat jemputan menunaikan haji, tetapi dua kali juga saya tidak dapat pergi atas beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan.

“Perasaan sedih itu sukar untuk saya gambarkan,” ujarnya.

Pelantun lagu Akhiri Penantianku itu turut memohon doa pengikutnya agar perjalanan ibu bapanya ke sana dipermudahkan sekali gus dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI