fbpx

Datuk, cucu tercampak dari motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat mangsa yang tercampak dari motosikal selepas terbabit kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh hari ini.-IHSAN JBPM PERAK

IPOH – Seorang lelaki dan cucunya maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini hari ini.

Mangsa dikenali Alim Akai, 62, dan cucu lelaki yang belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 12 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 10.46 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Alphard dan motosikal jenis Honda ditunggang mangsa.

“Ketika anggota tiba di lokasi, kedua-dua mangsa berketurunan Orang Asli itu berada dalam semak selepas tercampak akibat pelanggaran dengan kereta dinaiki empat individu.

“Kedua-dua mangsa yang tidak sedarkan diri itu kemudian dibawa ke tepi jalan sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu dan penumpang kenderaan tidak tersepit namun seorang daripada mereka mengalami kecederaan pada bahagian muka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI