fbpx

Bayi 18 bulan mati kebuluran akibat diet vegetarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RYAN dan Sheila O'Leary didapati bersalah menyebabkan kematian anak lelaki mereka yang berusia 18 bulan. - Pejabat Sheriff Lee County

WASHINGTON – Seorang wanita vegetarian di Amerika Syarikat didapati bersalah kerana menyebabkan anak lelakinya yang berusia 18 bulan mati kelaparan disebabkan hanya memberinya makan sayur dan buah mentah, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Sheila O’Leary, 39 disabitkan dengan kesalahan membunuh oleh hakim pada Rabu lalu berhubung pertuduhan penderaan kanak-kanak dalam kematian Ezra O’Leary pada September 2019, demikian menurut akhbar Fort Myers News Press.

Berat Ezra hanya 7.7 kilogram (kg), 3.18 kg kurang daripada purata berat usianya ketika ibu bapa kanak-kanak itu mendapati mangsa telah berhenti bernafas.

“Anak ini tidak makan. Dia dipaksa berlapar selama 18 bulan,” kata ketua unit mangsa khas di Pejabat Peguam Negara, Francine Donnorummo.

Sheila dan suaminya, Ryan O’Leary memberitahu polis bahawa Ezra mengamalkan diet vegetarian yang ketat, namun masih diberi susu.

Mangsa tidak makan selama kira-kira seminggu sebelum meninggal dunia dan mengalami kesukaran tidur, kata mereka.

“Tertuduh membuat pilihan yang membunuh anaknya. Kebanggaannya (menjadi vegetarian) menyebabkan mangsa meninggal dunia. Ia adalah sikap cuai untuk nyawa manusia,” kata Donnorummo.

Laporan bedah siasat mendapati Ezra meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan kekurangan zat makanan.

Pendakwa raya menyatakan, Sheila gagal mendapatkan rawatan perubatan untuk anaknya apabila menyedari bayi itu sakit. 

Selepas mangsa meninggal dunia, pasangan itu juga mengabaikan tiga anak mereka yang lain yang berumur bawah 11 tahun, demikian menurut pendakwa raya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI