fbpx

Axelsen mudah ‘ratah’ Momota di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Viktor Axelsen bergambar selepas menjuarai perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini, hari ini. Naib juara dimenangi oleh pemain Jepun, Kento Momota. pada - FOTO: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan No.1 dunia, Viktor Axelsen nyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah membelasah pemain Jepun, Kento Momota pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia sebentar tadi.

Pada pertemuan yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil itu, Axelsen langsung tidak diberikan tentangan apabila menang 21-4, 21-7 ke atas Momota dalam tempoh 34 minit.

Lebih manis, kemenangan tersebut merupakan gelaran Terbuka Malaysia pertama buat pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu selepas membuat kemunculan sulung pada edisi 2012.

Axelsen berkata, gelaran itu cukup bermakna memandangkan sudah lama menunggu selain menganggap kejuaraan Terbuka Malaysia merupakan salah satu kejohanan yang paling dinantikan dalam kariernya.

“Saya rasa sangat gembira dan teruja dengan kemenangan ini kerana Terbuka Malaysia adalah salah satu kejohanan yang saya sangat mahukan dan penting buat diri saya.

“Walaupun menjadi pemain pertama Eropah selepas Peter Gade memenangi Terbuka Malaysia, saya tidak mahu dibandingkan dengan dia. Saya hanya mahu jadi diri sendiri kerana perjalanan masih panjang,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Dalam pada itu, Axelsen juga mengakui terkejut dengan permainannya kerana berjaya meletakkan Momota dalam keadaan kurang selesa sepanjang perlawanan sehingga berjaya mencatat kemenangan mudah.

“Secara jujur, saya sangat penat selepas perlawanan semalam tetapi agak terkejut kerana masih mampu tampilkan aksi sempurna hari ini. Saya sangat hormati Momota, namun saya gembira dengan aksi keseluruhan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI