SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bakal menganjurkan edisi kedua program 10x Bina Bisnes Berjaya (BBB) pada Oktober ini.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd., inisiatif tersebut dijalankan bagi menyokong bangsa usahawan mendepani tempoh mencabar masa ini.
Katanya, program 10x BBB: Bangkit Bisnes Dari Krisis yang dilaksanakan pada 4 dan 5 Jun lalu berjalan lancar dengan menarik lebih daripada 10,000 pendaftaran.
“Kami faham dengan cabaran dan isu yang dihadapi ramai bangsa usahawan di luar sana, apatah lagi dalam masa sekarang.
“Sekiranya bisnes tidak diuruskan dengan betul menggunakan strategi yang tepat, usahawan boleh mengalami masalah dan paling teruk, tidak mampu bertahan,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
Tambah Radz, 10x BBB merupakan salah satu program yang dirancang syarikat sehingga hujung tahun 2022.
“Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sendiri akan mengendalikannya secara langsung di Setia City Convention Centre yang RichWorks taja 100 peratus buat anda.
“RichWorks mahu membantu usahawan yang betul-betul komited dan serius mahu memastikan bisnes mereka boleh bertahan dalam tempoh ini, malah berkembang lagi insya-Allah,” jelasnya.
Untuk menjadi yang terawal berdaftar di 10x BBB, layari www.binabisnesberjaya.com sekarang.