fbpx

Ukraine menang ‘perang sup’ dengan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sup borshch beserta krim masam dihidang di dalam pinggan di Moscow. – AFP

KIEV – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memasukkan sup borshch yang merupakan hidangan kegemaran ramai  di Ukraine,  ke dalam senarai warisan budaya terancam susulan desakan Kiev, namun ditentang oleh Moscow.

Menurut laman berita Wion News, hidangan sup masam itu berada dalam senarai khazanah budaya UNESCO yang memerlukan perlindungan segera.

“Keputusan ini diluluskan jawatankuasa UNESCO  selepas melalui proses pantas, didorong oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine serta impak negatif kepada tradisi berkenaan disebabkan oleh peperangan,” kata UNESCO.

Tambah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tersebut, memasukkan budaya memakan sup itu ke dalam senarai UNESCO dibuat untuk menarik perhatian ramai bagi memastikan ia tetap terpulihara meskipun berdepan risiko ‘kepupusan’.

“Apabila penduduk hilang tempat tinggal, ia mencetuskan  ancaman kerana mereka tidak dapat memasak atau menanam sayur-sayuran tempatan untuk membuat sup borshch. Ini menjejaskan kesejahteraan sosial dan budaya masyarakat,” kata UNESCO.

Ukraine menganggap borshch iaitu sup berkhasiat yang biasanya dimasak menggunakan ubi bit sebagai hidangan kebangsaan, meskipun ia turut dihidangkan secara meluas di Russia, negara-negara bekas Kesatuan Soviet lain dan Poland.

Pengumuman itu disambut baik oleh Ukraine dengan Menteri Kebudayaannya, Oleksandr Tkachenko berkata: “Kemenangan dalam perang borshch adalah milik kami. Kami akan memenangi kedua-dua peperangan (dengan Russia).”

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova menyelar pengumuman tersebut. Beliau berkata, tindakan UNESCO  menjadikan hidangan itu sebagai hak milik sebuah negara sahaja adalah tidak wajar.

Namun, menurut UNESCO, sup borshch sudah sebati dan menjadi  sebahagian daripada kehidupan dalam keluarga dan masyarakat Ukraine. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI