fbpx

Ujian misil hipersonik AS gagal lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ujian badan luncur hipersonik (C-HGB) biasa pada 19 Mac 2020. - Oscar Sosa, Tentera Laut AS

WASHINGTON – Ujian kali ke­dua peluru berpandu hipersonik Amerika Syarikat (AS) yang diadakan di Pulau Hawaii berakhir dengan kegagalan, lapor laman berita RT kelmarin.

Berita mengenainya terlebih dahulu dilaporkan oleh saluran Bloomberg yang memetik ke­nyataan Pentagon.

Jabatan Pertahanan AS tidak mendedahkan butiran punca kegagalan ujian oeluru berpandu  itu yang diadakan pada Rabu lepas dan hanya menyatakan bahawa ‘anomali’ telah berlaku.

Pelancaran yang gagal itu adalah sebahagian daripada program dinamakan Conventional Prompt Strike (CPS), di mana syarikat  pengeluar senjata,  Lockheed Martin cuba  membangunkan misil  yang mampu terbang lima kali ganda kelajuan bunyi pada kelajuan Mach 5 atau lebih 6,000 kilometer sejam bagi kegunaan kapal selam dan kapal perang.

Ini adalah percubaan kedua yang gagal selepas ujian pelancaran awal pada Oktober 2021  di Pulau Kodiak,  negeri Alaska tidak berjaya.

Bagaimanapun,  di sebalik kegagalan  kedua-dua ujian itu, Pentagon menyatakan bahawa pihaknya  tetap berada di landasan yang betul dengan memberi tumpuan kepada pembangunan  peluru berpandu hipersonik pada awal tahun 2020-an.

AS kini bergelut untuk bersaing dengan China dan Rusia dalam pembangunan senjata hipersonik.

Terdapat beberapa ujian misil yang berjaya di bawah program persenjataan  Washington tetapi Pentagon masih belum dapat membangunkan sistem peluru berpandu hipersonik untuk ke­gunaan tenteranya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI