fbpx

Tidak wujud dua kem dalam UMNO – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri beramah mesra bersama para perwakilan selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MTUC ke-42, di Universiti Malaya, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan wujudnya ‘dua kem’ dalam UMNO ketika ini seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, kata Naib Presiden UMNO itu, parti tersebut diterajui oleh satu kumpulan dan menegaskan tiada pembahagian kem dalam UMNO.

“Tiada kem dalam UMNO, hanya satu kem sahaja dalam UMNO,”katanya ringkas ketika ditemui pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan MTUC Kali Ke-42 di Auditorium Dewan Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya, di sini hari ini.

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengaitkan wujudkan dua kem dalam UMNO yang mana satu kem itu didakwa menyokong Presiden parti tersebut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala, satu kem lagi didakwa menyokong kepemimpinan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO.

Dakwaan itu didedahkan ekoran penguguran Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI