fbpx

Tiada perubahan ketara suhu petang Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar infografik mengenai fenomena aphelion pada petang Isnin depan dan perbandingan jarak ketika kejadian perihelion

PUTRAJAYA- Suhu di Malaysia pada petang Isnin depan dijangka tidak berdepan perubahan ketara susulan fenomena aphelion yang dijangka berlaku di seluruh dunia pada hari berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, fenomena dikenali sebagai aphelion itu dijangka berlaku pada pukul 3.10 petang serta tidak menunjukkan perubahan suhu ketara.

“Suhu di Kuala Lumpur diramalkan mencapai bacaan maksimum sehingga 34 darjah Celsius manakala minimum pula 24 darjah Celsius.

“Begitu juga kawasan peranginan tanah tinggi terkenal, Cameron Highlands di Pahang yang diramal mencatatkan suhu minimum 16 darjah Celsius serta maksimum 23 darjah Celsius,” katanya.

Oleh demikian, suhu purata berkenaan dianggap sebagai normal bagi dua destinasi tersebut dan bukan luar biasa sebagaimana tular di laman media sosial.

Fenomena itu terjadi apabila orbit bumi berada pada jarak yang paling jauh daripada matahari dan kali ini kedudukannya dianggarkan dengan jarak 152,098,455 kilometer (km).

Ia kebiasaannya berlaku selang dua minggu selepas Solstis Musim Panas iaitu pada 21 Jun lalu yang menyaksikan waktu siang berlaku panjang di hemisfera utara dan sebaliknya di selatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI