fbpx

Rapid KL siasat aduan wanita dihimpit lelaki dalam LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rapid KL sedang giat menjalankan siasatan ke atas aduan seorang penumpang wanita yang mendakwa dirinya dihimpit rapat oleh seorang lelaki ketika berada di dalam tren LRT Laluan Kelana Jaya.

Rapid KL dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan wanita tersebut yang menaiki tren dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira pada pukul 7 malam, mengadu kurang selesa dengan tindakan seorang lelaki yang berdiri rapat dibelakangnya.

“Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai oleh pengadu (wanita) pada 1 Julai 2022.

“Pasukan Tindakan Khas (SAT), Polis Bantuan Prasarana sedang giat meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengesahkan dakwaan tersebut. Rapid KL akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, Rapid KL menyeru kepada pengguna rel dan bas yang berhadapan dengan sebarang situasi cemas atau kurang menyenangkan agar terus menghubungi talian khidmat pelanggan di 03-78852585. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI