fbpx

Pelantikan Tajuddin telah dapat perkenan Agong – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri Yaakob menerima cenderahati daripada Timbalan Presiden MTUC, Mohd Affendy Abdul Ghani pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan MTUC ke-42. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Desakan sesetengah pihak supaya menarik balik lantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dilihat sebagai mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelantikan Tajuddin itu telah mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta mendapat kelulusan Kabinet.

“Janganlah kita persoalkan kuasa Agong pula. Agong sudah perkenan, kita pula nak tarik balik, hendak desak Agong sebab Agong yang beri perkenan.

“Sepatutnya sudah serah watikah itu hari itu, tetapi Agong gering waktu serah (watikah), lepas ini akan serahkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan MTUC Kali Ke-42 di Auditorium Dewan Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan beberapa pihak untuk menarik balik pelantikan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ekoran pendedahannya mengenai pergolakan dalaman parti itu.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk menjadi ‘orang tengah’ mendamaikan keadaan, Naib Presiden UMNO itu berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana semuanya sudah selesai.

“Tidak timbul isu orang tengah sebab perkara itu orang sudah cakap,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI