fbpx

Martial, Wan Bissaka dapat peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIAL berdepan masalah prestasi sepanjang musim lalu, namun Ten Hag masih mahu menilai sendiri permainannya pada musim baharu sebelum membuat sebarang keputusan. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag tidak akan menjual dua pemain termasuk Anthony Martial selagi belum menilai kemampuan mereka dalam aksi pramusim selepas ini.

Ia bermakna Martial dan seorang lagi pemain dipercayai Aaron Wan-Bissaka masih diberikan ‘talian hayat’ untuk memikat hati Ten Hag dan menyelamatkan masa depan mereka di Old Trafford.

Martial, 26, gagal memanfaatkan peluang yang diberikan ketika beraksi secara pinjaman dengan Sevilla pada pertengahan musim lalu apabila gagal meledak sebarang gol dalam sem­bilan aksi La Liga.

Situasi itu membuatkan Ten Hag terbuka untuk melepaskan Martial sekiranya menerima tawaran setimpal, melainkan penyerang Perancis berkenaan berjaya mengubah persepsi beliau sepanjang kempen pramusim.

Nasib Wan-Bissaka juga hampir sama kerana bekas pengendali Ajax itu didakwa lebih berminat menggunakan khidmat Diogo Dalot yang sesuai dengan taktikal permainannya.

Beberapa kelab telah me­nyatakan minat dan buat masa ini United hanya menerima tawaran rasmi daripada bekas kelab Wan-Bissaka iaitu Crystal Palace, tetapi atas kapasiti pinjaman sahaja.

Setakat ini, lima pemain iaitu Paul Pogba, Nemanja Matic, Jesse Lingard, Juan Mata dan Edinson Cavani telah meninggalkan The Red Devils sebagai ejen bebas selepas tamat kontrak bulan lalu.

Dalam masa sama, United juga dilaporkan mempunyai enam rundingan untuk mendapatkan pemain baharu dengan satu daripadanya dijangka lengkap dan bakal diumumkan dalam masa terdekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI