fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan sekitar Sabah sehingga pukul 6 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu tertumpu di Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Dalam satu kenyataan berasingan, MetMalaysia berkongsi mengenai fenomena garis badai seperti yang berlaku di Kota Kinabalu baru-baru ini.

“Garis badai ialah kelompok awan ribut petir aktif yang membentuk barisan di laut dan bergerak ke daratan.

“Lazimnya ia berlaku pada musim sekarang iaitu semasa Monsun Barat Daya dan kerap terjadi pada waktu pagi dan malam,” kata MetMalaysia.

Jelas kenyataan itu, fenomena tersebut boleh menyebabkan hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat disertai angin kencang, guruh dan petir.

“Oleh itu anda dinasihatkan untuk berada di tempat yang selamat jika ia sedang berlaku,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI