fbpx

Bruno Fernandes mahu akhiri kemarau trofi Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES menganggap United perlu memenangi sekurang-kurangnya satu trofi pada setiap musim. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes berjanji pasukan itu akan menamatkan kemarau kejuaraan menjelang saingan musim baharu di bawah kendalian Erik Ten Hag.

The Red Devils mengharungi tempoh yang cukup mengecewakan apabila sudah lima tahun tidak memenangi sebarang trofi selain kemarau gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak sembilan musim lalu.

Fernandes yang akan kembali menjalani latihan pramusim bersama pasukan minggu depan berkata, pasukan seperti United sepatutnya memenangi sekurang-kurangnya satu trofi pada setiap musim.

“Apabila menyarung jersi pasukan seperti United, objektif utama adalah untuk memenangi semua trofi yang ada. Bagi saya, ia sangat penting kerana United tidak memenangi sebarang trofi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Apa pun yang perlu dilakukan adalah, kami harus tampilkan aksi terbaik bagi memenangi setiap pertandingan. Sekarang kami akan bermula dari kosong dan cuba realisasikan impian tersebut,” kata pemain antarabangsa Portugal itu.

Selepas menyertai United dari Sporting Lisbon pada 2020, Fernandes masih belum mendakap sebarang trofi sehingga menyebabkan dia meluahkan kekecewaan atas kegagalan pasukan itu.

Menjelang kempen 2022/23, United dikatakan mampu menamatkan penantian itu di bawah rejim baharu yang sedang berusaha mendapatkan pemain sebelum saingan Liga Perdana membuka tirainya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI