fbpx

Bapa menangis anak dapat 6 markah ujian selepas setahun ajar matematik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu menangis kerana anak lelakinya mendapat markah 6 peratus dalam peperiksaan subjek matematik. – WEIBO

BEIJING – Seorang lelaki di China menangis kerana anak lelakinya mendapat markah enam daripada 100 peratus dalam peperiksaan matematik setelah dia menghabiskan masa setahun untuk mengajarnya, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Lelaki tersebut dilaporkan berasal dari bandar Zhengzhou, wilayah Henan. Menerusi rakaman video yang tersebar, dia kelihatan begitu beremosi berikutan kegagalan akademik anaknya.

Selepas melihat kad laporan anaknya, lelaki itu menampar lutut sendiri kerana kecewa. Dia mengangkat tangannya ke atas kepala sebelum menggunakan tuala untuk mengelap air mata.

Klip video itu tular di laman media sosial Weibo minggu ini selepas berjuta-juta pelajar sekolah menerima keputusan peperiksaan Jun mereka. 

Kapsyen video berkenaan menyatakan bahawa lelaki itu telah mengajar anaknya subjek matematik sejak tahun lalu. Emosi yang dipaparkan adalah kerana kekecewaan dan keletihan.

Pengguna di Internet memberikan maklum balas berbeza terhadap video pendek itu dengan ada yang bersimpati dengan lelaki itu, manakala sebilangan lain berpihak kepada anaknya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI