fbpx

Bagai mimpi menjadi kenyataan – Dhabitah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DHABITAH dan Pandelela ceria bersama pingat gangsa yang dimenangi dalam acara 10m platform seirama di Arena Danube, Budapest, Hungary kelmarin.

PENERJUN negara, Nur Dha­bitah Sabri akhirnya menamatkan penantian tujuh tahun untuk meraih pingat pertama dalam kariernya di pentas Kejohanan Dunia.

Dhabitah bergandingan de­ngan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg untuk memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter (m) platform seirama di Arena Danube, Budapest, Hungary kelmarin.

Ia adalah podium pertama buat Dhabitah selepas gagal melakukannya dalam tiga penampilan terdahulu pada Kejohanan Dunia pada edisi Kazan 2015, Budapest 2017 dan Gwangju 2019.

“Masih rasa seperti mimpi. Ini adalah pingat pertama saya pada Kejohanan Dunia dan saya sa­ngat bersyukur mempunyai rakan gandingan yang baik mengharungi saingan dalam acara ini.

“Saya juga tidak boleh me­lakukannya tanpa bimbingan jurulatih selain pasukan sokongan yang memberi sokongan padu di venue pertandingan dan penyokong yang menakjubkan di tanah air,” kata Dhabitah.

Pandelela pula menganggap kejayaan itu amat bermakna kerana ia adalah pingat gangsa kedua peribadi pada edisi kali ini selepas turut memenanginya dalam acara 10m platform individu baru-baru ini.

Sebagai rekod, Pandelela-Dhabitah meraih pingat gangsa dengan pungutan 298.68 mata, tewas 0.72 mata kepada pasa­ngan Amerika Syarikat, Delaney Schnell-Katrina Young yang me­raih pingat perak dengan markah keseluruhan 299.40.

Pingat emas pula seperti diramal menjadi milik juara Olimpik Tokyo 2020 dari China, Quan Hongchan-Chen Yuxi yang langsung tidak dicabar apabila me­ngutip 368.40 mata.

Ia adalah kejayaan podium ketiga buat gandingan Pandelela-Dhabitah selepas memenangi gangsa Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan emas Sukan SEA Hanoi 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI