fbpx

Aidil bangga semangat juang tinggi Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain KDA FC meraikan kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala selepas membelasah Visakha FC 5-1 pada aksi di Stadium Kapten 1 Wayan Dipta, Bali kelmarin. – KDA FC

KETUA jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak melahirkan rasa bangga dengan sikap anak-anak buah­nya yang disifatkan berjuang sebagai satu keluarga sehingga layak muncul sebagai juara Kumpulan G, sekali gus mara ke separuh akhir Zon ASEAN Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut jurulatih yang sudah empat musim bersama KDA FC itu, barisan pemainnya jelas memberikan segala-gala yang dimiliki bagi memastikan Kedah yang membawa nama Malaysia dalam cabaran ini mampu mara lebih jauh.

Katanya, kerjasama semua pihak termasuk pengurusan, barisan kejurulatihan dan pemain cukup penting dengan saling berbincang selepas perlawanan terutamanya kesilapan yang perlu diperbaiki dan perkara harus dilakukan bagi aksi seterusnya.

“Mereka sentiasa bekerja siang dan malam menjelang perlawanan dan mereka jelas memiliki mentaliti juara serta konsis­ten bagi mendepani cabaran ini,” katanya kelmarin.

Pada aksi di Stadium Kapten 1 Wayan Dipta itu, KDA FC mem­belasah Visakha FC 5-1 dengan import baharu, Mahmoud Al Mardi mencatat hatrick pertama bersama pasukan menerusi ja­ringan pada minit ke-28, 45 dan 54.

Dua lagi gol KDA FC hadir menerusi Fayadh Zulkifli pada minit ke-66 dan Ronald Ngah Wanja pada minit ke-76, sekali gus memadam kelebihan milik pasukan dari Kemboja meskipun terlebih duhulu membuka ja­ringan melalui Mohammed Faez Khan pada minit ke-20.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI