fbpx

71 loceng kebakaran Mahkota Parade dijadikan “panic button”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loceng kebakaran Mahkota Parade kini berfungsi sebagai "panic button"

MELAKA – Sebanyak 71 loceng kebakaran di pusat beli-belah Mahkota Parade di sini dijadikan “panic button” bagi respons pantas kes jenayah oleh pasukan polis.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan kes jenayah di pusat beli-belah atau pasar raya dapat diselesaikan dalam kadar segera.

Jelasnya, sepanjang tempoh Januari hingga Mei lalu, sebanyak 93 kes jenayah direkodkan berlaku di pasar raya di negeri ini termasuk kes samun dan pecah premis.

“Pusat beli-belah Mahkota Parade ini adalah lokasi kedua yang mempunyai “panic button” selepas Jonker Walk.

“Inisiatif ini dibuat selepas mengambil kira kadar jenayah yang berlaku di pasar raya dan sejak awal tahun lalu sebanyak 93 kes direkodkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar program Crime And Safety Awareness Campaign and Panic Button yang dirasmikan Pengerusi Pembangunan Belia, VP. Shanmugam di Mahkota Parade,di sini hari ini.

Mengulas lanjut indeks jenayah di pusat beli-belah dan pasar raya, beliau memberitahu kadar tersebut bagaimanapun mencatatkan penurunan sebanyak sebanyak 21 kes atau 18 peratus.

“Pada tahun lalu, kita merekodkan sebanyak 114 kes dalam tempoh sama sepanjang Januari sehingga Mei.

“Jadi, tahun ini kes jenayah telah menurun sebanyak 21 kes, namun dengan ada “panic button” ini kita berharap kes dapat terus menurun sehingga sifar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI