fbpx

10 pemancing selamat tiba di Jeti APMM Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 10 pemancing berpelukan dengan ahli keluarga masing-masing di Jeti Maritim Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 10 pemancing yang bergadai nyawa hampir seminggu selepas bot dinaiki mengalami kerosakan enjin di perairan Terengganu akhirnya disatukan dengan keluarga mereka hari ini.

Kesemua pemancing dan tiga tekong berserta bot itu selamat tiba di Jeti Maritim negeri di sini pada pukul 9 pagi tadi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli, berkata, bot nelayan berkenaan tiba selepas ditunda Kapal Maritim (KM) Redang lebih 12 jam.

” KM Redang berjaya menemui kesemua mereka dalam keadaan selamat pada pukul 8 malam (semalam).

“Begitu pun, proses membawa pulang berdepan kesukaran kerana cuaca buruk,”katanya selepas memantau ketibaab KM Redang yang membawa 10 pemancing terbabit di Jeti Maritim Terengganu di sini hari ini.

Ahli keluarga masing-masing menyambut ketibaan kesemua pemancing tersebut dengan penuh kesyukuran

Kosmo! hari ini melaporkan misteri
kehilangan 10 pemancing dan tiga anak kapal yang dikhuatiri hilang ketika memancing di perairan Terengganu sejak Sabtu lalu ditemui dalam keadaan selamat.

Mereka tersadai kira-kira 11 batu nautika dari pelantar minyak, Pelantar Chendor selepaa bot yang dinaiki menaiki mengalami kerosakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI