fbpx

Terikut rentak lawan punca tewas – Thinaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY-THINAAH akur tewas straight set 19-21, 14-21 kepada Shu Xian-Yu pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena semalam. – FARIZ RUSADIO.

BEREGU wanita yang menjadi sandaran negara, Pearly Tan-M. Thinaah dikejutkan dengan kekalahan straight set 19-21, 14-21 kepada wakil China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia.

Pada pertemuan yang berlangsung di Arena Axiata semalam, gandingan No.10 dunia itu bermula dengan agak baik apabila mendahului perlawanan sebelum terikut-ikut ren­tak pemain lawan.

Thinaah tanpa berselindung mengakui mereka melakukan kesilapan apabila lebih ba­nyak bertahan pada set kedua meskipun sedang mendahului perlawanan sehingga menyebabkan Shu Xian-Yu bangkit melakar kemenangan.

“Saya fikir di set kedua mereka ada kelebihan kerana bantuan angin menyebabkan kami sukar untuk membalas pukulan. Salah satu kesilapan kami juga adalah terlalu mengikut rentak permainan mereka.

“Sepatutnya kami perlu kekal dengan permainan sendiri dan lebih tenang sepanjang perlawanan. Kelebihan lawan hari ini (semalam) adalah mereka bermain dengan tenang walaupun ketinggalan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah menjadi wakil ketiga Malaysia yang ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan Jelajah Dunia Super 750 itu selepas Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Valeree Siow.

Sementara itu, Pearly berharap mereka mampu untuk menampilkan aksi lebih baik menjelang kejohanan Malaysia Masters yang dijadualkan berlangsung di venue sama bermula 5 hingga 10 Julai ini.

“Sudah tentu kami perlu tingkatkan lagi ketahanan mental dan fizikal selain melakukan analisis terhadap permainan sendiri untuk kembali dengan aksi lebih baik pada Malaysia Masters,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI