fbpx

Sukarelawan bonceng mayat di tengah hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaturon bersiap sedia membawa mayat menggunakan motosikal ke ambulans yang sedang menunggu. - The Nation

BANGKOK – Seorang sukarelawan muda di Thailand mendapat pujian kerana mengangkut mayat dari hutan menggunakan motosikalnya, lapor akhbar The Nation.

Jaturon Duangrat, 25, dan pasukannya dari Yayasan Siam Ruamjai ditugaskan untuk mengangkut mayat seorang lelaki pertengahan umur yang meninggal dunia di sebuah hutan di daerah Wiang Pa Pao, wilayah Chiang Rai.

Ambulans yayasan itu tidak dapat sampai ke lokasi kejadian yang jauh di tengah hutan. Justeru, pasukan  Jaturon terpaksa menunggang motosikal selama lebih sejam untuk tiba di sana.

Ketika  hari semakin gelap, pemuda itu menawarkan untuk membawa mayat tersebut menuju ke ambulans dengan menaiki motosikal. Dia mengikat mayat tersebut di belakangnya.

“Dengan cara ini, kita boleh menjimatkan masa,” katanya.

Mayat itu dibalut rapi oleh rakan sekerjanya sebelum diikat ke belakang Jaturon. 

“Ia adalah perjalanan yang sukar tetapi kami akhirnya dapat membawa mayat itu keluar,” katanya.

Operasi membawa keluar mayat itu berlaku pada 31 Mei tetapi menjadi tular baru-baru ini selepas rakannya memuat naik gambar di media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI