fbpx

Semua peruncit perlu buat unjuran minyak paket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norena (kiri) ketika menjalankan pemeriksaan pada walkbout di Pasar Besar Melaka di Bachang dan Pasar raya Lotus Peringgit di sini, hari ini.

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka meminta semua pengusaha pasar raya di negeri ini membuat unjuran penjualan minyak paket bersubsidi.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, ia susulan pihaknya menerima banyak aduan berhubung bekalan minyak paket habis seawal pukul 8.30 pagi dan didakwa diborong oleh golongan peniaga.

“Bekalan minyak paket di pasar raya dan kedai runcit sepatutnya mencukupi kerana penghantarannya mengikut jadual serta kuota ditetapkan iaitu antara 200 kilogram atau 50 kotak bagi setiap premis.

“Namun bekalan dilaporkan tidak mencukupi, malah habis dijual di awal pagi setiap hari kerana didakwa diborong oleh golongan peniaga kedai makan dan bukannya pengguna,” katanya kepada pemberita selepas sesi walkbout di Pasar Besar Melaka di Bachang dan Pasaraya Lotus
Peringgit di sini hari ini.

Tambahnya, situasi itu turut dilaporkan di pasar raya besar berkenaan apabila sejumlah 816 paket telah terjual seawal pukul 8.30 pagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil tinjauan di kedua-dua lokasi tersebut mendapati kesemua peniaga mematuhi kadar siling baharu ditetapkan iaitu penjualan ayam standard RM9.40 sekilogram dan ayam super RM10.40.

“Rata-rata peniaga berpuas hati dengan keputusan kerajaan menaikkan harga siling ayam standard daripada RM8.90 kepada RM9.40 dan berjanji tidak akan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Bekalan ayam bagi sambutan Hari Raya Aidiladha juga mencukupi kerana setiap premis mempunyai bekalan purata antara 300 hingga 450 ekor setiap hari,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI