fbpx

RM1.3 trilion aset golongan elit Russia dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita berjalan melintasi Bank Rusia di Moscow. - TASS Ðîññèÿ. Ìîñêâà. Çäàíèå Öåíòðàëüíîãî áàíêà ÐÔ íà Íåãëèííîé óëèöå. Ïðåçèäåíò ÐÔ Ïóòèí âíåñ â Ãîñäóìó ÐÔ êàíäèäàòóðó Ýëüâèðû Íàáèóëëèíîé äëÿ íàçíà÷åíèÿ íà äîëæíîñòü ïðåäñåäàòåëÿ Öåíòðàëüíîãî áàíêà ÐÔ íà òðåòèé ñðîê. Íàáèóëëèíà âîçãëàâëÿåò Áàíê Ðîññèè ñ 2013 ãîäà. Ñåðãåé Áîáûëåâ/ÒÀÑÑ

MOSCOW – Pasukan petugas sekatan terdiri daripada sekutu-sekutu Ukraine telah membekukan sumber kewangan milik golongan elit dan bank pusat Russia bernilai lebih AS$330 bilion (RM1.3 trilion), saluran televisyen France24  kelmarin.

Pasukan Bertindak Elit, Proksi dan Oligarki Rusia (REPO) menyatakan dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka menyekat aset oligarki dan pegawai Russia berjumlah AS$30 bilion (RM132 bilion) serta melumpuhkan AS$300 bilion (RM1.3 trilion) milik bank pusat Russia.

REPO juga  menahan sekurang-kurangnya lima kapal layar dan membekukan hartanah mewah milik jutawan-jutawan Russia.

“Kami akan memastikan bahawa sekatan ini akan terus membebankan kewangan Russia selepas Moscow  melancarkan pencerobohan tanpa provokasi dan berterusan ke atas Ukraine,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

REPO ditubuhkan pada 17 Mac lalu, tiga minggu selepas pencerobohan Ukraine berlaku. Tujuan penubuhannya adalah untuk meningkatkan tekanan ekonomi ke atas Moscow dengan harapan Presiden Russia, Vladimir Putin memilih untuk menamatkan perang.

Anggota REPO termasuk pegawai kewangan dan kehakiman tertinggi AS, Australia, Perancis, Kanada, Jerman, Jepun, Itali dan  Britain di samping Suruhanjaya Eropah.

Mereka bertindak pantas untuk merampas  estet mewah dan kapal layar mega milik  jutawan-jutawan  Russia yang diketahui mempunyai hubungan baik dengan Putin.

Pada masa sama, REPO juga  berusaha untuk meminggirkan Moscow daripada sistem kewangan antarabangsa, menjadikan lebih sukar bagi Kremlin untuk menggunakan mata wang Russia di pasaran global. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI