fbpx

Polis P. Pinang tumpas sindiket edar ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD.Radzi (kanan) menunjukkan sebahagian dadah jenis ganja yang dirampas pada sidang akhbar di IPD SPU, Kepala Batas di sini hari ini. IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang berjaya membongkar satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini dengan merampas 13.5 kilogram ganja dalam dua serbuan berasingan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, dalam serbuan pertama yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, sepasang suami isteri berusia 44 dan 35 tahun ditahan di sebuah rumah sewa di Sungai Dua pada pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, hasil pemerikaan tersebut polis merampas lapan bungkusan dadah jenis ganja seberat 8.6 kilogram bernilai RM21,680.

“Ketika serbuan dibuat, kedua-dua suspek sedang berehat di rumah terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.

Beliau memberitahu, berpandukan maklumat kedua-dua suspek, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga dalang sindiket ditahan di sebuah bengkel di Perai pada pukul 1.30 tengah hari pada hari yang sama.

“Dalam serbuan terbabit, lima bungkusan ganja seberat 4.8 kilogram bernilai RM12,133 turut dirampas.

“Hasil risikan mendapati, sindiket ini telah bergiat aktif mengedar dadah sejak awal tahun ini untuk pasaran tempatan,” ujarnya.

Mohd Radzi berkata, pihaknya turut menyita sejumlah barang kemas bernilai RM14,000 dan wang tunai sebanyak RM1,000 menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM48,813. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI