fbpx

Pengantin berkayak di Ulu Tembeling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD SAFRI (belakang) bersama Wan Norsyakila Amira mendayung kayak di Sungai Sat, Kampung Kuala Sat, Jerantut semalam.

JERANTUT – Satu pasangan pengantin baharu mempunyai cara unik untuk meraikan hari bahagia mereka apabila berka­yak di Sungai Sat, Ulu Tembeling pada majlis resepsi perkahwinan mereka.

Muhammad Safri Ahmad Zaharuddin, 29, dan pasangannya, Wan Norsyakila Amira Wan Mansor, 24, berkayak sejauh satu kilometer dengan mengenakan busana raja sehari serba putih keemasan.

Muhammad Safri berkata, tindakan itu diambil bagi membiasakan isterinya yang berasal dari Machang, Kelantan dengan kehidupan desa pedalaman Kampung Kuala Sat yang menjadi destinasi ekopelancongan terkenal di Pahang.

“Isteri perlu mahir mendayung kayak, perahu atau sampan kerana kami sinonim dengan sungai sebagai jalan perhubungan.

“Pada mulanya isteri agak malu kerana orang melihat tetapi selepas saya yakinkan dia, barulah dia naik dan terus pegang pendayung,” katanya ketika ditemui di Kampung Kuala Sat di sini semalam.

Menurut pengawal keselamatan itu, isterinya terus gembira apabila kayak mula meluncur di permukaan air.

Tambahnya, aktiviti mendayung kayak itu sekadar untuk memeriahkan majlis resep­si perkahwinan mereka kerana ingin mengetengahkan sesuatu yang unik dan berlainan untuk disaksikan tetamu dan pelancong.

“Di sini, kanak-kanak turut mahir mendayung perahu ketika berkelah dan memancing,” katanya yang bercinta dengan iste­rinya sejak dua tahun lalu.

Katanya, dia bersyukur dan gembira kerana isterinya cepat menyesuaikan diri tinggal di situ dan mereka merancang untuk berniaga secara kecil-kecilan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI