fbpx

Patuhi harga siling ayam atau berdepan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Yunus (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidiladha kepada salah seorang penerima di Dewan JKK Tanjung Piandang hari ini. /FOTO WAT KAMAL ABAS

PARIT BUNTAR – Peniaga-peniaga ayam di Perak dinasihatkan untuk tidak menjual harga ayam melebihi kadar harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, semua peniaga ayam hendaklah mematuhi harga siling yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM9.40 sekilogram.

“Bagi peniaga yang mengenakan caj perkhidmatan pemotongan ayam atau melayur hendaklah mempamerkan tanda harga tersebut kepada pelanggan mereka.

“Harga caj yang dikenakan biarlah munasabah serta tidak membebankan pelanggan, disamping itu mereka juga tidak boleh memaksa pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan itu,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan
Sumbangan pakaian Aidiladha kepada 40 orang murid sekolah dari golongan asnaf dalam Program Seronok Beraya Aidiladha Tahun 2022 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau di Dewan JKK Tanjung Piandang di sini hari ini.

Menurutnya, caj kadar perkhidmatan pemotongan ayam dan melayur ayam bukan dibawah harga kawalan.

Jelas beliau, peniaga -peniaga dinasihatkan untuk tidak mengenakan harga secara sewenang-wenangnya hingga membebankan pembeli.

“Mereka (peniaga ayam) boleh dikenakan harga caj ke atas perkhidmatan tersebut namun perlu mempamerkan harga caj di tapak niaga masing -masing,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI