fbpx

Lukisan Francis Bacon berharga lebih RM231 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKISAN Study for Portrait of Lucian Freud dipamerkan di galeri Sotheby’s di London pada 28 Jun lalu. - AFP

LONDON – Sekeping lukisan karya artis seni kelahiran Ireland, Francis Bacon yang memaparkan rakannya iaitu pelukis Lucian Freud  dijual pada harga AS$52.5 juta(RM231.3 juta), demikian menurut rumah lelongan Sotheby’s.

Harga itu mencatat rekod baharu untuk karya Bacon yang dijual di London dan juga mana-mana lukisan panel tunggal olehnya.

Bertajuk Study for Portrait of Lucian Freud, lukisan itu dihasilkan pada tahun  1964 dan memaparkan Freud duduk di atas sebuah bangku.

“Lukisan ini menjadi bukti kebolehan Francis Bacon mencetuskan emosi dan mengabadikan perasaan manusia yang pelbagai dan komplek dalam bentuk lukisan,” kata Sotheby’s.  

Kedua-dua artis seni itu merupakan kawan rapat tetapi juga pesaing yang teruja dengan ekspresi manusia. Mereka juga saling menjadi model dalam lukisan masing-masing.

Lukisan Bacon pada tahun 1959 bertajuk Three Studies of Lucian Freud dijual pada harga AS$142.4 juta (RM626.9 juta)  dalam tahun 2013. Karya itu memegang rekod karya seni paling mahal sebelum diketepikan oleh lukisan Picasso, The Women of Algiers (Version O) dalam pada 2015.

Three Studies of Lucian Freud dibeli oleh Galeri Seni New York. 

Bacon meninggal dunia dalam tahun 1992 dan Freud menghembuskan nafas terakhir pada 2011. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI