JAKARTA – Penyanyi dangdut Indonesia, Lesti Kejora mengakui sering memakai baju seksi atau haram ketika berada di rumah untuk menyenangkan hati suami, Rizky Billar, lapor laman Suara.
Menurut Lesti, setiap hari dia akan memakai koleksi pakaian seksi berbeza kerana mahu Rizky gembira apabila berada di rumah.
Tambah penyanyi berusia 22 tahun itu, berpakaian seksi di hadapan suami adalah salah satu cara menguatkan ikatan rumah tangga mereka.
“Perlu dibuat kerana mahu membahagiakan suami.
“Lebih baik seksi di rumah dan ditatap suami berbanding menayang kecantikan di luar untuk dilihat orang lain,”kata Lesti.
Pengakuan Lesti menjadi tular dan mendapat komen daripada peminat yang kurang bersetuju dengan pendedahan ‘tips bahagia’ itu kepada umum.
“Caranya tidak salah tetapi tidak perlu dihebohkan kepada orang. Simpan sedikit rasa malu,” kata seorang pengguna laman sosial. – Agensi