fbpx

KPDNHEP terima aduan peniaga jual ayam melebihi harga siling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kanan) ketika mengadakan pemeriksaan menerusi Ops Ayam Telur Minyak (ATM) Fasa 2 dan Pemeriksaan Jihad  Tangani Inflasi Bantu Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup di Lotus Tanjung Pinang, Tanjong Tokong di Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima satu aduan hari ini membabitkan peniaga yang menjual ayam standard melebihi harga siling yang ditetapkan.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, pihaknya yakin ada lagi aduan-aduan membabitkan salah laku peniaga ayam dan siasatan lanjut berhubung aduan berkenaan akan dijalankan sebelum tindakan diambil.

”Kami masih menyemak data-data yang diterima hari ini, dan peroleh satu aduan membabitkan peniaga yang menjual ayam standard melebihi harga siling yang ditetapkan. Jika ada asas untuk tindakan selanjutnya, maka kita akan ambil tindakan yang perlu.

”Kami akan meneruskan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan semua peniaga mematuhi harga siling yang ditetapkan kerajaan,” katanya selepas mengadakan pemeriksaan Ops Ayam Telur Minyak (ATM) Fasa 2 dan Pemeriksaan Jihad  Tangani Inflasi Bantu Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup di Lotus Tanjung Pinang di sini hari ini.

Menurut Azman, KPDNHEP juga menggerakkan semua pegawai penguat kuasa agensi itu seramai 2,200 di seluruh negara bagi memastikan bekalan mencukupi dan penternak, pemborong serta peruncit mematuhi harga siling yang ditetapkan di semua peringkat rantaian.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Jun lalu, mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai 1 Julai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI