fbpx

Isteri tuntut cerai penat tanggung suami, diminta RM10,000 tebus talak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan kehidupannya apabila perlu menanggung derita sepanjang tempoh perkahwinan bersama suami.

Dia mendakwa terpaksa menanggung suami temasuklah perbelanjaan harian keluarga disebabkan sikap pemalas pasangannya itu.

Perkara ini dikongsikan semula oleh seorang pakar motivasi, Akhtar Syamir menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam.

Melihat pada tangkap layar kiriman mesej yang dihantar wanita terbabit, dia memaklumkan suaminya itu sanggup ‘mencuri’ mas kahwin yang telah diberi kepadanya sehingga menyebabkan wanita itu bertekad untuk berpisah sejak dua tahun lalu.

Tangkap layar kiriman mesej yang dihantar wanita terbabit.

“Sepanjang nikah dengan dia, duit saya yang keluarkan, duit saya dia guna, duit mas kahwin RM10,000 pun dia guna, kakak dia gunakan saya, masih ada hutang tak diselesaikan,” kongsinya di kiriman mesej.

Jelas wanita itu lagi, disebabkan tidak dapat menggunakan taklik dan fasakh, dia terpaksa memohon kaedah tebus talak.

“Saya tanggung makan minum dia, saya nikah 2018, 2022 saya failkan cerai, taklik dan fasakh tak lepas, jadi saya mohon cerai cara biasa,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia turut meluahkan rasa terkilan apabila suaminya ingin meminta RM10,000 selain melarang untuk menuntut sebarang hutang sepanjang perkahwinan mereka.

Tambahnya, dia berasa kecewa kerana perlu berhabis wang berpuluh-puluh ribu demi mendapat keadilan terhadap dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan nasib wanita itu dan mendoakan agar dia terus tabah menempuh ujian hidupnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI