POPULARITI aktres Seo Hyun-jin semakin meroket selepas membintangi drama Why Her selaku bintang utama.
Menerusi temu bual bersama media Korea Selatan, Hyun-jin bagaimanapun merendah diri dan menafikan dakwaan penonton tentang kecantikannya yang dikatakan jauh berbeza berbanding sebelum ini.
“Saya tak pernah terfikir apabila mereka (penonton) katakan saya lebih cantik ketika ini. Bahagian mana yang cantik?” soal wanita berusia 37 tahun itu.
Melihat komen dalam Instagram, rata-rata pengikut memuji imej Hyun-jin.
“Aura dan pesona kamu lain macamlah, atau mata saya yang silap?
“Ya, dia memang cantik. Lagi-lagi bila berlakon dalam drama terbaharunya itu. Lakonannya semula jadi walaupun naskhah tersebut bergenre komedi,” tulis mereka.