fbpx

Berpaut satu tangan pada kren setinggi 304 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemanjat dari Britain ini bergayut sebelah tangan pada ketinggian 304 meter. - Animal News Agency

DUBAI – Seorang pemanjat dari Britain melakukan aksi berani mati apabila dia berpaut menggunakan sebelah tangan pada kren tertinggi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor portal berita MailOnline.

Adam Lockwood yang merupakan pemanjat profesional telah  menyamar sebagai pekerja tapak pembinaan bagi tujuan tersebut. Dia melakukan aksi berani itu pada ketinggian lebih 300 meter di atas bangunan pencakar langit setinggi  77 tingkat,  Il Primo yang terletak  bersebelahan dengan bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.

Lockwood dapat melihat pemandangan panorama kota raya Dubai  ketika berpaut pada palang logam ang dilitupi minyak gris.

Sekiranya jatuh dari ketinggian tersebut, badannya  akan mengambil masa kira-kira sembilan saat sebelum menghempas tanah.

“Semasa  saya mula-mula melihat rakaman itu, saya terfikir sendiri bahawa ini perkara paling luar biasa yang pernah saya lakukan’

“Jika saya ditangkap oleh pihak berkuasa disebabkan pengalaman istimewa ini, ia adalah sangat berbaloi dengan risiko tindakan  undang-undang yang bakal diterima,” katanya.

Menurut Lockwood, sebaik  sahaja selesai melakukan aksi penuh risiko  itu, dia pulang ke hotel penginapannya  dan tidur sepanjang hari kerana kepenatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI