fbpx

Belum had pembelian ayam, telur kepada warga asing – Alexander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (kanan) memeriksa telur ayam di pasar raya Checkers, Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik supaya bekalan subsidi seperti ayam dan minyak masak hanya dinikmati rakyat negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini bagi memastikan subsidi itu dapat dirasai terutama warga tempatan yang terdiri golongan bersasar dan memerlukan.

Katanya, pihaknya setakat ini belum memutuskan untuk menghadkan pembelian barangan tersebut kepada warga asing kerana adalah keperluan asas.

“Buat masa sekarang belum ada kita hadkan kepada warga Malaysia sahaja. Ini disebabkan kita fahamlah bahan makanan keperluan.

“Namun, sudah fikirkan pihak atasan bagaimana melangkah ke depan, kita mencari kaedah efisyen supaya dapat sasarkan susbidi itu kepada mereka yang bekeperluan dan orang Malaysia yang perlu dibantu,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan dan pemantauan pelaksanaan harga maksimum ayam dan telur ayam di Pasar raya Checkers, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada pihak kerajaan mempunyai perancangan untuk menghadkan pembelian ayam dan telur contohnya kepada warga asing bagi mengelakkan penyelewengan dan ketirisan bekalan itu.

Ini susulan pemberian subsidi pukal yang besar mencecah lebih RM1billion untuk dua barangan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Alexander berkata, harga ayam yang ditetapkan RM9.40 setelah mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk penternak, pembekal, pemborong, peruncit dan pengguna.

Ujarnya, beliau turut difahamkan bekalan ayam turut mencukupi dalam pasaran ketika ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI